Sabtu, 9 Mei 2015

KEKAL CANTIK DENGAN SUMBER ALAMI

KEKAL CANTIK DENGAN SUMBER ALAMI



Kecantikan dan wanita cukup sinonim. Selain mengamalkan supplement kesihatan yang berada di pasaran.Ramai yang kurang mengetahui akan kebaikan sumber alami untuk rawatan diri dari .Kali ini, ST nak berkongsi sumber-sumber semulajadi yang memberi manfaat kepada kita. Jum kita terokai.


Elak Perut buncit


Elak makan nasi bersulamkan air. Sebaik-baiknya, minum air 30 minit hingga 3 jam kemudiannya.
Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit.

Melangsingkan Tubuh
2 biji lobak + 1 biji timun diparut perah untuk mendapatkan jusnya. Dicampur sebiji perahan limau nipis dan bancuh hingga sebati. Baik diamalkan 2 kali sehari sehingga mencapai berat badan yang anda inginkan.

Hilangkan parut di kulit
Kulit kayu manis ditumbuk sehingga lumat kemudian dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Setelah sebati, sapu dan ratakan di bahagian berparut. Nak hilangkan parut secepat yang mungkin? Lakukan sekerap yang boleh. Mudahkan :)
Psst.. bukan sahaja menghilangkan parut malah sesuai menghilangkan bintik bintik hitam dan jerawat hodoh di wajah anda.

Atasi Pecah Tumit

Tumit kaki yang pecah amat memalukan! Tapi.. Belimbing buluh kan ada... Gosokkan tumit kaki dengan belimbing buluh dan beruskan tumit kaki dengan berus yang lembut. Amalkan sebelum anda hendak mandi.

Ketumbit mata
Gesel dua batang sudu. Sapukan bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit.Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Hilangkan kelemumur
Perahkan jus limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan dan biarkan beberapa jam. Untuk hasil yang terbaik, disarankan untuk membiarkan rambut anda diperap dengan tuala. Basuh dengan air suam. Dalam masa yang sama, tips ini juga berguna untuk mengurangkan bagi anda yang sering pening kepala.


Turun berat badan

Ambil 3 sudu serbuk teh Cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan jus perahan limau nipis. Amalkan 2 kali sehari iaitu pada sebelum sarapan dan sebelum tidur untuk mempercepatkan penurunan berat badan.

Hidari bau ketiak

Semasa mandi, gosok ketiak anda di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Setakat ini perkongsian ST. Jom kita cuba bersama. 
Like kami Untuk pelbagai tips terbaik di ST.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan