Selasa, 16 Jun 2015

Cara Solat Sunat Witir



Cara Solat Sunat Witir



1.Lafaz Niat pada setiap 2 rakaat pertama 


 Bacaan Rumi : U-shol-lii sun-na-tal wit-ei rok-'a-tai-ni lil-laa-hi taa-'aa-laa'
Maksud: Daku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala.

2. Bacaan selepas Al-fatihah
Rakaat pertama: Surah Al-A'laa
Rakaat kedua:Surah Al-Kafiruun

3. Selepas memberi salam terus berdiri mengerjakan 1 gik rakaat witir.
4. Lafaz niat pada 1 rakaat terakhir.
U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-'a-tan lil-laa-hi ta' aa-laa"
Daku solat sunat witir 1 rakaat terakhir,kerana Allah Ta'ala.

5. Bacaan selepas Al-fatihah

-Al-ikhlas
-Al-Falaq
-An-naas

Al-Nasa'i meriwayatkan daripada ka'ab r.a., 
ia berkata. Rasulullah SAW membaca dalam solat witirnya dengan surah Al-A'laa,Al-kafirun dan Al-Ikhlas"
Hadis sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461. Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami,Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata. "Saya bertanya kepada Aisyah,membaca surah apa ketika Rasulullah SAW mengejarkan witir?" Aisyah menjawab :
"Baginda membaca pada rakaat pertama dengan "Sabbihisma Rabbikal A'laa,'Qul yaa Ayyuhal Kaafirun"pada rakaat kedua dan "Qul Huwallaahu Ahad" dan"Muawwidzatain" pada rakaat ke tiga.

Page seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan