Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang melakukan solat malam Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata,maka diampunkan segala dosanya yang lalu"
Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Rs
Salam Ramadhan semua...
Syukur Alhamdulilah kita dipanjangkan umur untuk menikmati ambang ramadhan dan semoga kita dipanjangkan usia,diberikan kudrat dan kesempatan untuk mengejarkan ibadah kepadaNya.
Blog kali tok merupakan artikel mengenai Niat solat Tarawih dan cara solat tarawih untuk panduan kita org semua dan mungkin untuk saudara islam kita yang lain.
Solat Sunat Tarawih
Coba refresh balit, Apakah hukum solat sunat tarawih?
Bagi yang dapat jawab ya, alhamdulilah ST ucapkan.. nok ni sikingat ya, Don wori wori, ST ada kan ada. hihihi....
Hukum solat sunat Tarawih ialah sunat Muaakad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang orang Islam sik kira lelaki ataupun perempuan di setiap malam bulan Ramadhan sama ada seorang ataupun berjemaah. Waktu Solat sunat Tarawih ialah selepas solat Isyak dan solat sunat ba'diah 2 rakaat.
Solat Sunat Tarawih tok ada 20 rakaat tapi ada yang mengerjakan sekadar 8 rakaat.
Cara melakukannya:
Cara solat Sunat Tarawih tok sama jak dengan cara solat sunat nak lain.Solat Sunat Tarawih hendaklah ditunaikan 2 rakaat dan pada tiap tiap 1 kali takbiratul ihram dahya dilakukan agik sampe genap rakaat yang dikehendaki.
takbiratul ihram
Solat Tarawih dilaksanakan setiap 2 rakaat 1 salam. Berlandaskan hadis:
“Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
Dibaca: Ussali sunnatat tarawihi rak’ataini makmuman lillahi ta’ala
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan