Alhamdulilah, kita dipanjangkan umur untuk bertemu agik dengan Bulan Syaaban. Bulan untuk kita memperbaiki diri untuk ke arah lebih baik agik sebelum datangnya Ramadhan.
Soalan :
"Syaaban" ya apa ST?
Jawapan :
Syaaban tok adalah bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban dipenuhi dengan kaf ba ro kaf alif ta nun (Keberkatan). :)
Diantara keistimewaan bulan bulan sebelum Ramadhan yang dinyatakan ahli Hikmah ialah:
REJAB : kesempatan untuk kita meminta ampun dari Allah atas dosa kita lakukan.
SYAABAN : Kesempatan untuk kita memperbaiki diri dari segala macam cela kita lakukan
RAMADHAN : Masa untuk kita menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban bermaksud berpecah-pecah/berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada suatu masa ya berpecah menjadi beberapa kumpulan untuk sidaknya mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, Baginda mengekalkan nama "SYAABAN" ya sampeylah
kinektok.
Rasulullah S.A.W dah menyebut banyak kelebihan tentang bulan syaaban tok dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis nak paling masyur :
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NIFSU SYAABAN
Nifsu bermaksud setengah. Nifsu Syaaban bermaksud setengah bulan syaaban. Jadi, ia bermaksud nifsu Syaaban ialah hari ke-15 dalam bulan syaaban tahun Hijrah. Umat islam percaya bahwa pada malam Nifsu Syaaban amalan kita akan dibawa nait oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan baru setelah setahun berlaku.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa tauk peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban adalah RUGI gilak gilak dan rasa sik lengkap. Antara beberapa peristiwa penting berlaku sepanjang bulan Syaaban ialah Malam Nifus Syaaban, Penukaran arah kiblat dan peperangan bani Mustaliq
Antara Amalan Malam nifsu Syaaban.
1. Solat Maghrib
2. Membaca Surah Yassin 3kali
3.Membaca doa Nifsu Syaaban
ALLAAHUMMA YAA DZAL MANNI WALAA YUMANNU ‘ALAIKA YAA DZAL JALAALI WAL IKRAAM, YAA DZATH THAULI WALIN’AAM, LAA ILAAHA ILLAA ANTA, DHAHRAL LAAJIIN, WA JAARUL MUSTAJIIRIIN, WA AMAANUL KHAA IFIIN, ALLAAHUMMA IN KUNTA KATABTA NII ‘INDAKA FII UMMIL KITAABI SYAQIYYAN AW MAHRUUMAN AW MATHRUUDAN AW MUQTARRAN ‘ALAYYA FIR RIZQI, FAMHULLAA HUMMA BI FADLLIKA SYAQAAWATII WA HIRMAANII WA THARDII WAQ TITAARI RIZQII WA ATS-BITNII INDAKA FII UMMIL KITAABI SA’IIDAN MARZUUQAN MUWAFFAQALLIL KHAIRAAT. FA INNAKA QULTA WA QAULUKAL HAQQU FII KITAABIKAL MUNAZZALI ‘ALAA NABIYYIKAL MURSALI, YAMHUL LAAHUMAA YASYAA U WA YUTSBITU WA ‘INDAHUU UMMUL KITAAB. ILAAHII BITTAJALLIL AA’DHAMI FII LAILATIN NISHFI MIN SYAHRI SYA’BAANIL MUKARRAMIL LATII YUFRAQU FIIHAA KULLU AMRIN HAKIIM WA YUBRAM, ISHRIF ‘ANNII MINAL BALAA I MAA A’LAMU WA MAA LAA A’LAM WA ANTA ‘ALLAAMUL GHUYUUBI BIRAHMATIKA YAA ARHAMAR RAAHIMIIN.
4. Menghidupkan Malam Nifsu Syaaban dengan memperbanyakkan dzikir,selawat,doa dan istighfar.
Setelah di Malam nifsu Syaaban disunnahkan untuk menyampaikan doa/keinginan masing masing. In Sha Allah akan dikabulkan.
Semoga ilmu yang kita sama sama pelajari diberkati Allah SWT. Aminn.
Sampaikan walaupun sepotong ayat...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan